Fara & Faizal (Ipoh)

Wednesday, November 18, 2009 | |

Ini antara shots yang aku ambil untuk majlis bersanding Fara & Faizal yang telah berlangsung di Rapat Setia Baru, Ipoh. Pasangan pengantin ini cukup mudah untuk digayakan dan begitu sporting apabila berhadapan dengan kamera. Persandingan di Ipoh adalah dari sebelah pengantin perempuan di mana cuaca pada hari tersebut cukup baik untuk pengambaran luar.

Walaubagaimanapun, pengambaran kali ini banyak dihabiskan di dalam rumah sahaja kerana permintaan dari pihak pengantin perempuan untuk berkumpul bergambar beramai-ramai bersama ahli keluarga kerana kebanyakan ahli keluarga datang dari jauh dan tiada banyak masa untuk bersama pengantin kerana perlu pulang ke Johor pada petang tersebut.

Gambar di bawah adalah gambar adik-beradik lelaki pengantin perempuan sedang ber'karoke' lagu jiwang ditujukan khas kepada kakak dan abng ipar mereka. Bukan main kusyuk lagi...



Ini pula adalah shot yang diambil sebelum pasangan pengantin melangkah masuk kedalam perkarangan rumah untuk acara silat dan tarian aluan.



Shot ini diambil semasa pasangan pengantin selesai memotong kek.



Ini adalah shot yang diambil semasa upacara silat dan menyambut tetamu di perkarangan rumah sebelum pasangan pengantin di arak masuk kedalam rumah.



Shot ini diambil semasa pengantin menunggu untuk majlis makan beradab di luar perkarangan rumah.